Hari ini dah pun masuk hari Jumaat. Kepada anda yang mungkin tidak pergi ke mana-mana pada hujung minggu ni, bolehlah mengisi masa terluang dengan membaca. "Membaca tu kan Jambatan Ilmu". Okay... untuk itu, Admin ingin review novel terbaik dan best seller sehingga hampir 90,000 naskhah telah terjual.
Novel Islamik berjudul "Mengintai Aku Di Neraka" karya Hadi Fayyadh kini mendapat sambutan hangat buat para pembaca novel di luar sana. Jalan cerita yang cukup mengagumkan dan terdapat unsur-unsur nasihat untuk kita semua. Jom terjah sikit apa yang menarik di dalam!
Latar Belakang Penulis
Nama sebenar ialah Abdul Hadi bin Hj Mohamad. Dilahirkan pada 25 November 1986 di Kampung Rantau Panjang Kepala Batas, Pulau Pinang. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Permatang Janggus, Kepala Batas dan di SMA Tabiah Nashiin. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian di KUSZA (kini Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA)), Terengganu dalam bidang pengkhususan Pendidikan (Bahasa Arab).
Beliau banyak
menceburkan diri dalam dunia kepimpinan, motivasi dan terlibat secara
langsung dengan program berbentuk sosial dan sebagainya. Beliau pernah
berkhidmat di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang di Bahagian
Pendidikan dan kini berkhidmat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kedah
sebagai Pen. Peg. Hal Ehwal Islam dan pernah dianugerahkan Tokoh
Maulidur Rasul peringkat UiTM Kedah. Beliau sangat aktif dengan program
motivasi yang dijalankan untuk semua peringkat umur.
Sinopsis Mengintai Aku Di Neraka
Aleeya Qistina, mengambil keputusan untuk bunuh diri dan terjun di atas tebing nan tinggi, sebagai protes terhadap cintanya yang kecundang. Namun, dia gagal kerana ada sesuatu yang menggangunya saat itu. Apakah yang menggangunya dan kisah disebaliknya?
Dia mengambil keputusan untuk murtad dari agama Islam, dan mula hidup di dalam budaya orang-orang barat. Suatu ketika, dia mengambil keputusan untuk menjadikan kelab malam dan disko sebagai kiblatnya.
Malam pertama dia mengunjunginya, dia disapa oleh seorang lelaki yang penuh tatoo dibadan, subang ditelinga, dihidung dan kelihatannya tak ubah seperti gengster kelab malam.
Dia dipelawa minum arak bersamanya. Pada mulanya Aleeya Qistina menolak, namun setelah dia dicabar,dia menyahut cabaran itu. .
Sewaktu arak sedang diteguk,tiba-tiba dia ditegur sang lelaki tadi.
.
“Cuba kau lihat, air apa yang kau minum?”
Alangkah terkejutnya dia, rupanya dia sedang minum air najis dan nanah yang busuk. Gelas tadi terus terhempas ke tanah. Alangkah bertambah kaget, Dia melihat suasana di kelab malam tadi berubah .
Banyak makhluk bertanduk, huduh, mengerikan sedang menjilat makanan disitu yang telah bertukar menjadi najis serta merta. Semua orang masih leka menari, tapi wajah mereka sangat buruk. Aleeya Qistina terus takut.
Dan apa yang anehnya, lelaki tadi tidak ada sedikitpun perasaan takut dan pelik, seolah-olah dia mengetahui apa yang dilihatnya.
Soalan pertama dia ajukan, kau kenal ke siapa diri kau? Berlakulah dialog dan pesan yang diluar jangkaan.
Siapakah lelaki itu? Bagaimana situasi yang dia dan lelaki tadi lalui di dalam disko tadi? Dia bukan bermimpi atau pengsan, tetapi adakah hijabnya dibuka oleh Allah?. .
“Eh, kenapa dah lama kak tak balik?”
” Ha? Aku tak pernah pun sampai sini?, macamana mereka Begitu mengenaliku?”Apakah dimensi duo masa yang Qistina lalui? Apakah dia mendahului terowong masa depannya?
Ketahui kisah ini dalam Novel Hadi Fayyadh dengan Order Mengintai Aku Di Neraka Sekarang!!
Maklumat lanjut, layari http://hadifayyadh.com/
5 Comments
Menarik novel ni... Dari baca novel cinta cintun, saya suka baca novel mcm ni...
ReplyDeleteBetul... Novel thriller lagi rasa terkesan dan mencabar nak baca. Hehehe..
DeleteMesti best novel Mengintai Aku Di Neraka ni kan...
ReplyDeleteMemang sangat menarik. Banyak nasihat yang ada di dalamnya saat Amin membaca novel ni... Rasa berdosa dengan kesilapan yang pernah dilalui dulu.. Allahuakbar!! Moga kita semua diredhai Allah SWT
Deletemenarik ni.
ReplyDeleteanak Aida, kak Nurin berminat plak dgn kisah sebegini.
novel keagamaan.
nanti nak share dgn dia. mana la tau kat librari skola nyer ada, pinjam kan.