AirAsia melancarkan laman web dan aplikasi mudah alih berwajah baharu, termasuklah chatbot yang dikenali sebaga AVA (AirAsia Virtual Alistar) yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI).
Wajah baharu ini direka bagi memudahkan para tetamu dan bertujuan memberikan pengalaman penggunaan yang lebih hebat dan lancar kepada pengguna airasia.com serta pengguna aplikasi mudah alih yang mencecah 3.3 juta pengguna aktif bulanan, untuk menempah penerbangan dan mendapatkan tawaran membeli-belah dalam talian serta sokongan pelanggan.
AirAsia Lancar Chatbot serta Laman Web dan Aplikasi Mudah Alih Berwajah Baharu
Dalam sidang media yang dilaksanakan baru-baru ini, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia (Digital, Transformasi dan Perkhidmatan Korporat), Aireen Omar berkata, "Kami amat teruja meraikan tahun baru ini dengan laman web dan aplikasi baharu yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI) serta menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih baik, pantas dan intuitif. Kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengalaman para tetamu dan kami akan menambah ciri pada aplikasi mudah alih pada masa akan datang supaya ia bukan sahaja menjadi platform tempahan penerbangan, tetapi teman perjalanan anda. Kami menggalakkan pengguna baharu untuk memuat turun aplikasi percuma di App Store dan Google Play Store untuk mula menggunakan ciri-ciri ini."
Antara ciri-ciri baharu tersebut termasuklah:-
Halaman utama baharu
Halaman utama komprehensif yang baharu direka untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih mudah dan cepat, termasuklah notis penerbangan akan datang, pintasan carian dan carian baharu, pautan kepada tawaran hotel, perjalanan, barangan bebas cukai dan aktiviti menarik, destinasi yang disyorkan dan pautan BigPay, aplikasi kewangan AirAsia.
Chatbot AVA
AVA, chatbot yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI) kini boleh didapati melalui ciri sembang langsung baharu untuk membalas pertanyaan para tetamu dengan serta-merta. AVA boleh membalas dalam lapan bahasa - Bahasa Inggeris, Malaysia, Thai, Indonesia, Vietnam, Korea, Cina Ringkas dan Cina Tradisional. AVA dibina oleh pasukan Kejuruteraan Perisian dan Teknologi AirAsia (AASET) serta pasukan Kebahagiaan Pelanggan menggunakan teknologi dari Ada, sebuah syarikat berpangkalan di Toronto yang pakar dalam menyediakan pengalaman pelanggan yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI).
Carian penerbangan baharu menggunakan lokasi
Pengguna IOS kini boleh memilih untuk menggunakan peta interaktif yang menunjukkan semua destinasi AirAsia dalam satu halaman. Ciri ini adalah antara yang pertama dalam aplikasi syarikat penerbangan.
Pilihan Gabungan Stesen
Juga antara ciri yang pertama dalam aplikasi syarikat penerbangan, pengguna IOS kini boleh memilih stesen pelepasan dan ketibaan yang terdekat serta memilih bilangan hentian dan tempoh penerbangan.
Pembantu suara
Selain itu, pengguna IOS kini boleh menyemak status penerbangan akan datang melalui Siri. Bagi menggunakan ciri ini, klik pada pautan "Add to Siri" di bawah Jadual Penerbangan atau Tempahan Saya.
Pendaftaran FACESPara tetamu kini boleh mendaftar untuk perkhidmatan Fast Airport Clearance Experience System (FACES) di aplikasi mudah alih mereka untuk melepasi sekuriti dan menaiki penerbangan mereka dengan lancar. Hanya klik pada pautan "Akaun Saya" dan "My FACES" untuk mendaftar dengan video wajah anda selama 5 saat.
Ciri-ciri lain
Di samping itu, para tetamu juga boleh mencari tambang terendah dengan menggunakan Kalendar Tambang Rendah, mengumpul Mata Ganjaran BIG dan membuat pembayaran menggunakannya selain menikmati diskaun segera untuk ahli apabila mereka mendaftar masuk.
Para pengguna aplikasi mudah alih AirAsia juga boleh menikmati diskaun sebanyak 19 peratus untuk tempahan melalui aplikasi tersebut bermula 28 Januari hingga 3 Februari 2019 untuk tempoh perjalanan antara 1 Ogos dan 30 November 2019 dengan menggunakan kod promosi MOBILE19.
Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, boleh layari laman sesawang seperti di bawah:-
Facebook
Twitter
Instagram
1 Comments
mudah dan senang la kalau ada urusan pasniii
ReplyDelete