Sambutan Tahun Baru Cina seringkali dikaitkan dengan "Reunion" di mana ketika hari biasa kita sangat sibuk dengan kerja-kerja harian kita. Jadi, hari yang penuh bersejarah inilah yang mengumpulkan kita bersama keluarga dan rakan-rakan. Bagi mereka yang merancang untuk sambutan perayaan yang mengasyikkan dan unik, Taman Tema Utama Asia, Sunway Lagoon menjanjikan Best Reunion Ever bermula 1 hingga 19 Februari 2019 ini.
Best Reunion Ever Di Sunway Lagoon
Cuti panjang sempena Tahun Baru Cina ini, apa kata bawa keluarga mahupun rakan-rakan untuk merasai satu pengalaman paling menarik di Sunway Lagoon. Lupakan seketika tentang jalanraya yang sibuk, jom menginap di kota yang penuh unik dan meriah ini serta rasai pengalaman paling manis bersama orang tersayang di Sunway Lagoon!
Dari 5 hingga 8 Februari, pengunjung akan disambut dengan persembahan 'Hip Hop Lion Dance' yang dikelolai oleh Persatuan Tarian Kun Seng Keng. Kumpulan tarian singa ini pernah memenangi anugerah di Kuala Lumpur dan berjaya meraih gelaran juara serta mempertahankan kejuaraan mereka selama ini. Dan, baru-baru ini, mereka sekali lagi berjaya meraih gelaran johan terbaru dalam Kejohanan Antarabangsa Tarian Singa Selatan yang diadakan di China pada tahun lepas.
Selain itu, pengunjung juga berpeluang menyaksikan 12 Majestic Drums Show yang meriah dengan penuh rasa kemakmuran, kejayaan untuk semua tarian, Meet & Greet with the God of Prosperity, Captain Quack and Lady Quack in Chinese New Year Overlay, Sand Art Workshop dan persembahan tarian Hua Ren Heritage Chinese New Year.
Sementara itu, ikon yang disayangi Nickelodeon iaitu Spongebob & Patrick turut memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina, di samping ikon animasi kartun lain seperti Teenage Mutant Ninja Turtles (TMNT), Dora the Explorer dan rakan baiknya serta jangan lepaskan peluang bergambar bersama Boots dengan penampilan khas di Nikelodeon Lost Lagoon (NLL).
Pengunjung pasti akan teruja dengan pelbagai persembahan yang diadakan termasuk pameran Swashbuckling Pirates Show yang sungguh menghiburkan dan persembahan asli dari The Tale of Mount Berapi & Waves of Fun, sebuah pameran Latin yang sangat panas serta mengimbau kenangan nostalgia zaman era 60-an.
“One of the most heart-warming traditions surrounding Chinese New Year has to be the annual reunion gathering. Every generation in the family take this opportunity to reaffirm the love and respect that bind them together a unit. While it is consistently a festival here at Sunway Lagoon, we are hauling out all stops this Chinese New Year to give our guests more reasons to get together with loved ones and ensure a truly memorable celebration to usher in the Lunar New Year,” commented Sean Choo, General Manager of Sunway Lagoon.
Pengunjung tidak seharusnya lepaskan peluang menikmati pelbagai promosi Reunion di Taman Tema terkemuka ini dan dapatkan juga AngPow Kapten Quack & Friends yang eksklusif untuk koleksi unik anda. Pengunjung juga boleh menikmati hidangan Reunion Combo yang bernilai RM18 yang boleh didapati di Wagon Wheel Cafe, Scream Cafe dan Zulu Kopitiam.
Bagi mengelakkan kesesakan di kaunter, apa kata anda dapatkan tawaran ini secara atas talian. Pengunjung yang merancang untuk datang dan menginap di sini akan menerima Yee Sang percuma bernilai RM150 dengan membeli Set Reunion Beach Bistro untuk 6 orang pada harga RM360.
Bukan itu sahaja! Pengunjung juga boleh dapatkan cawan Nickelodeon Lenticular secara PERCUMA setelah membuat pembelian Reunion Sweet Treat (any Ice Cream) dari I Scoop For You Ice Cream di Surf Beach.
Selain itu, pengunjung turut berpeluang menjadi pemenang dengan menyertai Lucky Dip dan mendapat pelbagai hadiah menarik dengan pembelian minimum RM100 di kedai-kedai runcit Nickelodeon, Sahara Boutique dan Surf Haven.
Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran Best Reunion Ever, boleh hubungi no temefon dan layari laman sesawang di bawah:-
Website
Facebook
No. Telefon
+603 - 5639 0000
0 Comments