Ticker

6/recent/ticker-posts

Etude House Hasilkan Eyeshadow Coklat Kit Kat


Sudah pasti anda cukup mengenali dengan jenama coklat Kit Kat kegemaran ramai di seluruh dunia. Kali ini, Kit Kat tampil berbeza apabila berkolaborasi dengan Etude House bagi menghasilkan palet eyeshadow mini edisi khas.

Bersempena dengan Valentine Day yang semakin menghampiri, keperluan coklat dalam pelbagai bentuk, saiz dan warna pasti dinanti-nantikan sepanjang waktu. Bayangkan bilamana si jejaka kacak membawa coklat mini berbentuk jantung dihiasi dengan kotak coklat yang pelbagai jenis, pasti memukau dan memberi satu rasa kelainan buat pasangannya. Lebih mengujakan apabila buka sahaja kotak tersebut, didapati bukan setakat coklat berbentuk jantung, malah dihiasi dengan buah strawberry merah yang ranum di sekeliling coklat. Si cantik manis pasti tidak akan melupakan detik indah itu.


Bagi menghidupkan suasana yang penuh romantis di hari terindah itu, Kit Kat teruja untuk berkongsi bersama jenama K-Beauty Etude House dengan menghasilkan palet eyeshadow yang paling kemas dan cantik.

Palet eyeshadow didatangkan bersama pelbagai jenis dari Original Milk Chocolate dan White Strawberry Chocolate. Kedua-dua palet ini mengandungi enam matte yang berkilat dan warna yang berkilauan. Susu coklat diperbuat daripada neutral berwarna coklat dan merah yang menghangatkan. Manakala, White Strawberry mengandungi warna merah muda yang lebih ringan. 


Beg kecil dengan tulisan 'Kit Kat' juga akan diberikan bersama bagi memudahkan penyimpanan palet eyeshadow dalam keadaan elamat. Bagi anda yang ingin mendapatkan koleksi edisi khas ini, bolehlah mula membuat carian di butik Etude House atau secara atas talian. Harga untuk koleksi ini adalah 20,000 won (Anggaran dalam RM73).

Kredit Photo: https://terasjabar.id/

Post a Comment

0 Comments