Raikan Tahun Baru Cina dengan penuh kemakmuran dan keceriaan di Suria KLCC. Bersempena Tahun Baru Cina ini, keseluruhan mall telah diubah menjadi sebuah taman buah limau Mandarin yang megah dengan tema "Abundance of Prosperity". Suria KLCC Centre Court juga telah diubahsuai menjadi sebuah taman yang menakjubkan dengan dihiasi buah limau Mandarin dan lampu merah yang menandakan kekayaan, kesejahteraan dan kelimpahan. Hiasan ini diibaratkan seperti berada di halaman rumah tradisional masyarakat Cina.
Buah limau Mandarin mempunyai maksud simbolik yang mendalam bersamaan dengan perkataan "emas" dalam budaya Cina dan ia juga mewakili nasib baik. Dengan memiliki buah limau Mandarin di rumah, pejabat dan kedai-kedai ketika sambutan Tahun Baru Cina dikatakan membawa kekayaan dalam hidup mereka dan Suria KLCC ingin berkongsi rasa kegembiraan dan semangat positif ini dengan pembeli dan pengunjung semasa sambutan perayaan ini.
Pelancaran Tahun Baru Cina yang menyeronokkan dan menyenangkan para pembeli, pelancong dan pengunjung yang disambut oleh God of Prosperity untuk mengalu-alukan kemakmuran, panjang umur dan kebahagiaan sepanjang tahun 2019 ini. Majlis ini akan dituruti dengan tarian tradisional Cina dan tarian singa oleh kumpulan Kwong Ngai Acrobatic Lion Dance. Kumpulan ini pernah menjuarai kejohanan 2017 National Dragon and Lion Dance Championship.
Pengunjung juga boleh meraikan suasana perayaan ini dengan mengambil gambar atau berswafoto sebagai kenangan terindah di Photo booth yang disediakan termasuk di luar KLCC Esplanade. Pengunjung juga pasti teruja untuk menyaksikan 40 kaki tinggi Replika Basket of Mandarin Oranges yang juga dikenali sebagai "Basket of Good Fortune" dan mengalu-alukan kedatangan pengunjung.
Bakul yang dipenuhi dengan buah limau Mandarin itu adalah perwakilan kekayaan dalam semua aspek kehidupan yang merupakan elemen penting dalam sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Replika ini akan dipaparkan sehingga 22 Februari 2019.
Suria KLCC turut menawarkan pelbagai persembahan seperti tarian tradisional, tarian singa, tarian naga dan 10 Festive Drums sepanjang tempoh program ini.

"Traditionally, giving Mandarin oranges during Chinese New Year indicates a sense of good fortune and the colour of Mandarin orange also symbolises "gold", making it significant to be presence at anywhere during the festive period. The Cantonese pronounciation of giving Mandarin oranges - "Song Kam" is the same as "giving gold", therefore it signifies wishing prosperity upon the recipient."
"The Lunar New Year celebration is also about family and we appreciate the traditional values that come with it. It reminds us of our roots and family is an irreplaceable wealth. For this, Suria KLCC wants you to come home and celebrate a season full of love and warmth this Chinese New Year," said Chief Executive Officer and Executive Director, Andrew Brien at the launch of Suria KLCC's Chinese New Year campaign today.
Pelancaran Tahun Baru Cina yang menyeronokkan dan menyenangkan para pembeli, pelancong dan pengunjung yang disambut oleh God of Prosperity untuk mengalu-alukan kemakmuran, panjang umur dan kebahagiaan sepanjang tahun 2019 ini. Majlis ini akan dituruti dengan tarian tradisional Cina dan tarian singa oleh kumpulan Kwong Ngai Acrobatic Lion Dance. Kumpulan ini pernah menjuarai kejohanan 2017 National Dragon and Lion Dance Championship.
Pengunjung juga boleh meraikan suasana perayaan ini dengan mengambil gambar atau berswafoto sebagai kenangan terindah di Photo booth yang disediakan termasuk di luar KLCC Esplanade. Pengunjung juga pasti teruja untuk menyaksikan 40 kaki tinggi Replika Basket of Mandarin Oranges yang juga dikenali sebagai "Basket of Good Fortune" dan mengalu-alukan kedatangan pengunjung.
Bakul yang dipenuhi dengan buah limau Mandarin itu adalah perwakilan kekayaan dalam semua aspek kehidupan yang merupakan elemen penting dalam sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Replika ini akan dipaparkan sehingga 22 Februari 2019.
Suria KLCC turut menawarkan pelbagai persembahan seperti tarian tradisional, tarian singa, tarian naga dan 10 Festive Drums sepanjang tempoh program ini.
Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang di bawah:-
Website
2 Comments
meriahnya. raya cina ni puas makan limau!
ReplyDeleteWahhh... Best lah... Bagi Min sikit... hehe..
Delete