Ticker

6/recent/ticker-posts

Rumah Selangorku Idaman PKNS di Cyberjaya Tawar Rumah Mampu Milik

Siapa yang tak menginginkan kediaman sendiri kan? Pasti semua orang lebih-lebih lagi yang dah berkeluarga menyimpan hasrat atau impian untuk memiliki sebuah kediaman bagi keselesaan ahli keluarganya. Hari ini, sekali lagi, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor - PKNS telah melancarkan pembinaan lebih banyak rumah mampu milik (RMM) di Rumah Selangorku Idaman Residensi di Seksyen 6 Cyber Valley, Cyberjaya, Selangor


Sahutan kerajaan negeri buat PKNS untuk menyediakan rumah dengan harga berpatutan, sekaligus memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri Selangor untuk memiliki kediaman sendiri.

Pada majlis pelancaran tersebut, Pengurus Komunikasi Korporat PKNS, Ishak bin Hashim ada berkata yang komitmen itu selari dengan hasrat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang ingin membina 1 juta RMM dalam tempoh 10 tahun akan datang.



Pangsapuri Selangorku Idaman Residensi di Seksyen 6, Selangor Cyber Valley (SCV) telah melancarkan sebanyak 864 unit termasuk empat unit orang kurang upaya (OKU) yang berada di tingkat bawah dan dijual pada harga RM232,000 seunit dengan keluasan 1,000 kaki persegi.
Antara rumah contoh buat Orang Kurang Upaya (OKU) yang disediakan
Dengan gabungan seni bina unik dan moden, Selangorku Idaman Residensi dibina di atas tanah berkeluasan 14.41 ekar (58,328 meter persegi) di mana setiap unit dilengkapi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air serta dua parkir kereta bagi setiap unit rumah.


Selain itu, pangsapuri ini dilengkapi dengan ruang pejabat pengurusan, surau, dewan serbaguna, tiga unit ruang kedai, bilik pengurusan jenazah, taman permainan, ruang tadika, lif dan empat tingkat tempat letak kereta bertingkat. Sejujurnya, Team Propa Rangers merasakan ia suatu lokasi yang cukup selesa dan strategik kerana berdekatan dengan pelbagai kemudahan lain seperti:-
  • Lebuhraya NKVE, LDP, SKVE, ELITE dan MEX
  • Putrajaya (17 km)
  • KLIA (29 km)
  • D'Pulze (7 km)
  • Shaftsbury Square (8 km)
  • Centrus Mall (7 km)
  • Universiti Multimedia - MMU (4 km)
  • Kolej Sains Perubatan Universiti Cyberjaya (CUCMS) (5 km)
  • Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (10.5 km)
  • Universiti Islam Malaysia (7 km)
  • Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch (8 km)
  • Sekolah Antarabangsa ELC (6 km)
  • Sekolah Antarabangsa Korea (1 km)
  • Kolej FTMS (5 km)
  • Kolej Antarabangsa Kirkby (6 km)
  • Kolej Universiti Mahsa (11 km)
 
Seperti yang kita sedia maklum, Cyberjaya dan Putrajaya merupakan sebuah pusat pertumbuhan yang serba moden dan canggih. Oleh itu, SCV merupakan pusat pertumbuhan baharu ke-11 dibangunkan PKNS yang dilihat mampu menjadi kawasan tarikan bagi peluang pelaburan dan perniagaan setaraf bandar di sekitarnya.

 
Pangsapuri yang dibina dengan dua blok iaitu Blok A (14 tingkat) dan Blok B (15 tingkat) akan dijangka siap pada Disember 2020 manakala jangkaan Sijil Perakuan Penyiapan dan Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance - CCC) diperolehi pada pertengahan tahun 2021.


Bagi yang berminat untuk memiliki kediaman di Selangorku Idaman Residensi dan mahu memiliki RMM PKNS perlu berdaftar dengan Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) atau boleh dibuat secara atas talian.
Menteri Besar Selangorr, YAB Tuan Amirudin bin Shari, Exco Perumahan & Kehidupan Bandar Negeri Selangor, YB Pn Hajah Hanizah Mohamed Talha, Ketua Pegawai Ekselutif PKNS, YB Pn Hajah Norita bt Mohd Sidek bersama 5 pembeli pertama unit kediaman Pangsapuri Selangorku Idaman Residensi
Maklumat lanjut mengenai projek perumahan boleh layari laman sesawang di bawah:-

Website

Facebook

Hubungi Wakil Jualan
019 - 213 9991
018 - 205 1713
014 - 336 1891
017 - 363 4821
013 - 522 4122
019 - 699 4004

Pejabat Jualan Hartanah Wilayah Selatan
03 - 8926 2000


Post a Comment

1 Comments

  1. Rumah ni sangat murah dan berpatutan sangat untuk orang muda sekarang miliki rumah sendiri hehehehe bestnya kalau dapat beli cantik pun cantik...

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)