Vaksin Covid-19 atau dikenali Pfizer-BioNTech baru sahaja tiba di Malaysia. Ianya dilihat memberi pengharapan baharu kepada penurunan kes Covid yang melanda negara hari ini.
Kini, MySejahtera sudah pun mengaktifkan pendaftaran vaksin bagi pengguna aplikasi tersebut. Pengguna perlu kemas kini untuk mengaktifkan ciri tersebut hanya dengan mengemaskini aplikasi samaada menerusi Android mahupun iPhohe.
Aplikasi MySejahtera adalah antara cara untuk mendaftar vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 di bawah Program Imunisasi COVID-19.
Pengumuman mengenai kemaskini MySejahtera berkenaan dilakukan dua hari selepas Malaysia menerima kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech pada hari Ahad lalu.
Cara Mendaftar Vaksin Covid-19
1) Pergi / Masuk ke aplikasi MySejahtera yang telah anda kemaskini.
2) Klik pada butang "Close" jika paparan Check-in tertera seperti gambar di bawah.
3) Kemudian, klik pada menu "COVID-19 Vaccination".
4) Klik pada menu yang tertera seperti gambar di bawah.
5) Isikan maklumat peribadi anda seperti Nama Penuh dan No Kad Pengenalan. Kemudian, klik butang "Confirm" untuk sahkan pendaftaran. Jika anda pasti maklumat anda betul, klik OK.
Untuk makluman, Fasa 1 vaksinasi adalah untuk barisan hadapan (frontliner).
Jadual mengikut fasa adalah seperti berikut:
- Fasa 1 (Februari - April 2021) : Frontliner bahagian kesihatan dan bahagian pertahanan
- Fasa 2 (April - Ogos 2021) : Frontliner dan juga golongan berisiko 60 tahun ke atas
- Fasa 3 (May 2021 - Februari 2022) : Golongan Umum
0 Comments