Ticker

6/recent/ticker-posts

Famili Duo : Gandingan Ibu Bapa dan Anak Beraksi Di Episod 2

Program realiti nyanyian terbaharu di TV3, Famili Duo telah membuka tirai pada 14 Februari 2021 dengan meraikan adik-beradik selebriti Yamani Abdillah & Zaki Yamani sebagai Pasangan Famili Duo Pilihan yang turut membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000!

Spin-off daripada program Famili Singing Show di 8TV, musim perkenalan Famili Duo di TV3 menampilkan 40 pasangan selebriti popular Malaysia bergandingan dengan ahli keluarga mereka untuk menonjolkan bakat nyanyian masing-masing. Program realiti nyanyian ini bersiaran pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 - 11.00 malam, anda juga boleh menontonnya di www.tonton.com.my.

Famili Duo dihoskan oleh Uyaina Arshad, dimeriahkan oleh dua figura popular iaitu Didie Alias dan Mark Adam sebagai juri. Uniknya, program ini menampilkan 5 pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan pada setiap episod. Mereka perlu melengkapkan 2 pusingan iaitu 1 ‘cover song’ untuk menghasilkan video muzik dan 1 nyanyian di pentas. Pemarkahan ditentukan sepenuhnya oleh juri. Juara mingguan iaitu Pasangan Famili Duo Pilihan bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM 10,000.

Episod 2 yang bakal bersiaran pada malam Ahad ini menampilkan pasangan ibu bapa dan anak selebriti iaitu Siti Sairah & Umairah, Ashira & Syed Aziz, Aisha Retno & Jen Retno, Sharifah Zarina & Athalia serta Sharifah Shahira & Tallisya.

Untuk makluman, Famili Duo episod 1 telah menampilkan gandingan adik beradik selebriti iaitu Yamani Abdillah & Zaki Yamani (pilihan lagu: Hajat / Yang Benar), Naim Daniel & Emylia Izzati (pilihan lagu: Sakit / Siapa Tak Mahu), Amira Othman & Irfan Haris (pilihan lagu: Cinta Luar Biasa / My Heart), Tajul & Beby Acha (pilihan lagu: Resepi Berkasih / Seluruh Cinta) serta Syafie Naswip & Sapawi (pilihan lagu: Saajanji Ghar Aaye / Mimpi Yang Tak Sudah). Persembahan nyanyian Tajul dijayakan bersama abangnya Awis apabila Beby Acha terpaksa mengundur diri atas masalah kesihatan. 

Famili Duo dibawakan oleh foodpanda, keriangan dengan setiap pesanan! dan bertindak sebagai penaja utama musim ini. Ia diterbitkan oleh Unit Hiburan Rangkaian TV Media Prima Berhad, diketuai oleh Nurhul Huda Haji Khalid sebagai penerbit eksekutif dan Mohd Jamira Ramli sebagai penerbit. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. Gunakan #FamiliDuo untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial.

Senarai peserta Famili Duo: 

Episod 

Hubungan 

Selebriti

adik-beradik 

1. Amira Othman & Irfan Haris 

2. Yamani Abdillah & Zaki Yamani 

3. Naim Daniel & Emylia Izzati 

4. Syafie Naswip & Sapawi 

5. Tajul & Beby Acha

ibu/bapa dan anak 

1. Siti Sairah & Umairah 

2. Ashira & Syed Aziz 

3. Aisha Retno & Jen Retno 

4. Sharifah Zarina & Athalia 

5. Sharifah Shahira & Tallisya

suami isteri 

1. Azwan Kombos & Ezzaty Abdullah 

2. Salma Asis & Azri 

3. Anas Ridzuan & Ana Syuhada 

4. Nadzmi Adhwa & Ardell Aryana 

5. Lan Solo & Sheila

ibu/bapa dengan anak 

1. Amyza Aznan & Adrian 

2. Fauzi Nawawi & Fareez Fauzi 

3. Amelina & Puteri 

4. Liza Abdullah & Naffiz Zolkefli 

5. Shajiry & Hafiz

sepupu 

1. Oja & Eka Caramelt 

2. Aman Nassim & Zarina Zainoordin 

3. Hefny Sahad & Qiqin Muse 

4. Ara Johari & Syafiq Erwin 

5. Fiza Thomas & Nasfikry

bapa saudara/ibu saudara dan anak saudara

1. Ezad Lazim & Along Zaimi 

2. Asmidar & Tiar Zainal 

3. Zamani & Zynakal 

4. Eranz & Rina Azhar 

5. Ayu Damit & Shah

adik-beradik 

1. Sharif Zero & Atu Zero 

2. Ieda Moin & Eddy Moin 

3. Shiha Zikir & Ieda Zikir 

4. Sarah Fazny & Boy 

5. Jiwa Firdaus & Farhan Mustapha

suami isteri 

1. Aepul Roza & Leez Rosli 

2. Haziq Hussni & Ayunda Putri 

3. Ifa Raziah & Yani 

4. Rosma & Khai 

5. Tuju & Loca B



Post a Comment

1 Comments

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)