Ticker

6/recent/ticker-posts

"Finally, After 5 Years...", Selamat Pengantin Baru Hannah Delisha dan Imam Shah

Pelakon kelahiran Singapura, Hannah Delisha, 25, telah selamat diijabkabulkan bersama lelaki pilihannya, Imam Shah setelah lima tahun bercinta.

Menerusi perkongsian Instagram Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch memuatnaik dua keping gambar di dalam majlis pernikahannya semalam (18/02/2012).

"Finally, after 5 years, Alhamdulillah. I love you @imamemy," tulisnya berserta tanda pagar (hashtag) imam pada hannah.

Hubungan mereka yang dijalin secara 'diam-diam' sehingga ke jinjang pelamin itu ternyata mengejutkan ramai peminat dengan mendapat 142 ribu tanda suka dan dibanjiri dengan ratusan komen oleh warganet.

Sementara itu, Imam Shah juga turut memuatnaikgambar mereka menerusi akaun Instagramnya @imamemy setelah bergelar suami isteri.

”It’s always you. In the name of the Most Gracious, Most Merciful. I love you @hannahdelisha,” beserta tanda pagar yang sama.

Post a Comment

0 Comments